Wednesday, April 29, 2009

KESAN NEGATIF DLM BUDAYA MAKANAN D M'SIA

Malaysia semakin mencecah ketingkat kemajuan yang sama tarafnya dengan dunia- dunia maju yang lain seperti Jepun, Amerika dan sebagainya. Bak kata pepatah, Malaysia sudah hampir ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara- negara tersebut apabila globalisasi semakin berkembang pesat. Oleh yang demikian, negara- negara yang terasa bahawa negara mereka akan terancam oleh kemajuan globalisasi ini telah menjalankan beberapa taktik antaranya dengan menguasai sumber makanan masyarakat Malaysia.

Atas sebab globalisasi inilah munculnya McDonalds, Coca- cola, Pizza Hut, Wendy Hamburgers di Malaysia, yang telah menyebabkan masyarakat Malaysia semakin mengikut pemakanan ala barat sekaligus melupakan budaya makanan Malaysia seperti nasi lemak, rendang, ulam-ulaman dan sebagainya yang berkhasiat. Makanan- makanan ini mendapat sambutan yang hebat atas beberapa faktor antaranya adalah sumber makanan yang mudah didapati, ringkas dan cepat berbanding makanan yang perlu dimasak.

Tambahan pula, makanan barat tersebut tidak diyakini sumber dan kebersihannya. Walaupun ada tanda halal dipamerkan, namun tanda itu boleh dicetak sesuka hati oleh pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan semata- mata. Selain itu, melalui kajian para saintis, makanan- makanan ala barat ini, mempunyai kandungan MSG yang tinggi yang boleh mengganggu sistem saraf manusia. Di sini, dapat kita perhatikan bahawa semenjak wujudnya globalisasi ini, semakin bertambah bahan kimia yang terdapat dalam sumber bahan makanan yang dibekalkan.

Dengan wujudnya globalisasi juga, semakin banyak makanan telah dijadikan makanan segera. Melalui apa yang diperhatikan makanan segera telah semakin berkembang pesat dan mendapat sambutan hebat daripada semua golongan masyarakat Malaysia. Antara contoh makanan segera adalah roti canai segera, karipap segera, kari segera, sate segera dan pelbagai lagi. Makanan segera mendapat sambutan hebat kerana makanan tersebut boleh disimpan lama. Di sini dapat kita ketahui bahawa makanan tersebut pastilah telah dicampurkan dengan bahan pengawet yang membolehkan makanan tersebut tahan lebih lama berbanding bahan makanan yang tiada bahan pengawet.

Selain itu, dalam dunia yang serba moden ini juga budaya makan rakyat Malaysia adalah makan sehingga kenyang barulah mereka berhenti, tanpa mengikut sunah Rasulullah. Budaya makan seperti ini adalah budaya yang kurang sihat. Oleh sebab itulah ramai rakyat Malaysia tergolong dalam kategori individu yang obesiti.

5 comments:

  1. sambungan kesan negatif budaya makanan ni ad ag.. tp kalo korang nak la baru ak post...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    hye.. terima kasih kepada tuan tanah.
    Post ni sangat membantu dalam tugasan saya.
    Saya harap ada sambungan kesan-kesan negatif budaya makanan barat ni. =)

    kalau boleh, emailkan sambungannya warna.hidup88@gmail.com

    TQ!!

    ReplyDelete
  3. Bolehkah kak postkan sambungan kesan negatif budaya makanan sbg rujukan?

    ReplyDelete
  4. boleh hntrkan sambungan karangan ini kepada saya emailkan kepada saya haikalirfancr@gmail.com

    ReplyDelete