Wednesday, April 29, 2009

PENDAHULUAN UTK ASGMNT GLOBALISASI AK

Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Namun begitu, terdapat beberapa kategori kebudayaan di Malaysia ini, yang telahpun berada dalam proses globalisasi dan mempunyai implikasi- implikasi tersendiri. Antara kategori kebudayaan di Malaysia yang ingin dibincangkan adalah berkaitan budaya makanan, budaya berpakaian (fesyen), budaya kerja, budaya hiburan, budaya bahasa, budaya agama, dan budaya intelektual.

Sebenarnya, tanpa kita sedari semua kategori budaya yang telah disenaraikan di atas telah mengalami pencemaran yang kronik akibat daripada globalisasi yang semakin berkembang pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jika kita ambil beberapa minit dan berfikir akan implikasi globalisasi ini terhadap kebudayaan di Malaysia, sudah pasti kita akan mendapat kesimpulan yang amat nyata bahawa globalisasi lebih mendatangkan kesan negatif kepada kebudayaan di Malaysia. Menurut Prof. V. Lodge dalam bukunya “the impact of Globalization (1996) justeru berpandangan negatif dan menggambarkan globalisasi sbg:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community”.

Bermaksud: Dunia dikendalikan oleh beberapa perusahaan multinasional dan Idea Globalisasi hanya menyiratkan suatu kebohongan permainan kata, yang tampaknya bijaksana, agar kehadirannya diterima setiap orang, agar dunia rela dalam genggaman beberapa perusahaan global yang lain.


Seterusnya, mari kita lihat dengan lebih mendalam berkaitan beberapa kategori kebudayaan.

No comments:

Post a Comment